Sejarah penubuhan WINGS bermula pada sekitar tahun 1985 di Sekolah Menengah Sri Ampang di Kuala Lumpur. Di situ empat orang anak muda yang masih menuntut bergabung tenaga membentuk sebuah pancaragam sekolah. Oleh kerana terdorong dan amat meminati muzik terutama irama Rock, mereka sepakat untuk mendendangkan lagu berentak Rock'N'Roll di sepanjang persembahan mereka. Ketika itu bermulah kelahiran WINGS walaupun kumpulan ini belum mempunyai nama.
Anggota asal WINGS ialah Awie, Jojet, Jo dan Syam. Perpecahan melanda kumpulan ini apabila Jojet berhijrah ke kumpulan Gersang dan Jo mengundurkan diri. Manakala Syam menubuhkan kumpulan baru yang diberi nama Kumpulan CRK.
Pada awal tahun 1987, Wings mendapat tawaran untuk merakamkan album dibawah label ASP dan nama WINGS digunakan sebagai nama kumpulan ini. Ilham penggunaan nama WINGS sebagai nama kumpulan dicetuskan Awie apabila orang ramai selalu menegurnya kerana lengannya yang berotot atau lebih tepat seperti 'sesayap' (wing). WINGS bertungkus-lumus menyiapkan album pertama mereka berjudul Belenggu Irama dengan bantuan dua anggota baru iaitu Eddie dan Black yang menggantikan tempat Jojet dan Jo selain Awie dan Syam selaku anggota asal. Pada masa itu, pengurus WINGS adalah Ali Bakar.
Ketika muzik rock mula mendapat tempat, kemunculan sebuah kumpulan seperti WINGS sememangnya menghangatkan arena muzik rock tanah air. WINGS tampil dengan kelainan tersendiri dengan muzik yang dibawakan mereka cukup mantap walaupum ini adalah album pertama.
Dengan susunan muzik yang baik dan vokal yang bertenaga serta dibantu penggubah terkenal seperti M.Nasir, J S Kevin, perjudian pertama WINGS di persada seni tanah air menampakkan hasil apabila album ini mendapat sambutan menggalakkan. Walaupun mereka terpaksa berdepan dengan masalah iaitu lagu mereka tidak dibenar penyiarannya di radio dan TV oleh RTM, pencinta muzik rock tetap dapat merasai bahang 'Belenggu Irama'.
Lagu seperti 'Belenggu Irama', 'Intan Ku Kesepian' dan 'Peronda Jaket Biru' adalah antara lagu yang menjadi kegilaan remaja Malaysia ketika itu. Pihak RTM tidak memberi kelulusan penyiaran terhadap lagu WINGS atas alasan lirik, lagu dan latar belakang WINGS yang dikatakan keterlaluan dan tidak menepati syarat untuk disiarkan.
Halangan ini sedikit sebanyak menghantui diri mereka. Namun, berkat ketabahan dan sokongan rakan dan peminat yang berdiri teguh di belakang, WINGS berjaya menempuh segala dugaan dan cabaran. Album ini terjual lebih 150,000 unit.
Selepas itu, populariti WINGS terus meningkat. Konsert mereka sentiasa mendapat perhatian ramai dan rata-rata peminat amat terhibur dengan persembahan WINGS yang mantap dan mempunyai identiti tersendiri.
Tetapi, tidak berapa lama selepas itu pertukaran ahli berlaku dengan Sham yang sebelum ini bertindak sebagai pemain gitar menarik diri dan kekosongan ini digantikan Joe, seorang gitaris kidal belasan tahun yang sebelum itu anggota kumpulan rock Scandals. Kehadiran Joe menambahkan lagi kemantapan WINGS kerana beliau sungguh kreatif dan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam permainan gitar.
Ahli
Penyanyi Utama
1. Awie (Ahmad Azhar Othman) 1985 - 1993. 2002 - Hari ini
2. Mel (Ismail Zainuddin) 1995 - 1996
3. Mus (Mustafa Din) 1996 - 2001
Pemain Gitar
1. Sham (Sham Baharom) 1985 - 1987
2. Tham Wing Kwan 1987 (Tiada Album)
3. Joe (Abdul Zamin bin Abdul Kadir) 1988
Pemain Bass
1. Eddie (Samsaidi Haji Ulong Idris) 1985 -
Pemain Dram
1. Black(Azmi Hashim) 1985 - 1990. 1994 -
2. Jojet 1990 - 1993
Album
1. Belenggu Irama (1987)
2. Hukum Karma(1988)
3. Teori Domino (1990)
4. Best Of Wings (1990)
5. Jerangkung Dalam Almari(1991)
6. Double Trouble (bersama Kumpulan Search)(1992)
7. Bazooka Penaka (1993)
8. Wings & Superfriends 1 (1994)
9. Wings & Superfriends 2 (1994)
10. Orang Asing (1995)
11. Biru Mata Hitamku (1996)
12. Puisi Aidilfitri (1996)
13. Double Trouble 2 (bersama Kumpulan Search)(1997)
14. Mencari Asal Usul (1998)
15. MasterPiece Wings & J.S Kevin (1999)
16. Mr.Barbarik (2000)
17. Trilogi (2001)
18. Naga Kramat (2002)
19. Wings Alive 2006 (2007)
20. Wings - 2 Dekad(2007)
21. Wings - Live At Planet Hollywood(2008)
Salam ... sekadar pesanan. Kalu info di atas, diambil dari sumber2 tertentu .. better diletakkan 'credit' tuk blog / sumber tersebut di nota kaki ... :)
ReplyDeletetahniah kepada penganjur kerana berjaya menganjurkan konsep lagenda double trouble yang berkonsepkan berhibur sambil beramal...tanamkan sedikit nilai2 islam agar tidak hanyut ditelan kealpaan
ReplyDeleteawie tu
ReplyDelete